HomeUtamaAgong, Raja Pemaisuri sertai penduduk Kampung Sungai Labu sediakan ‘Bubur Banging’

Agong, Raja Pemaisuri sertai penduduk Kampung Sungai Labu sediakan ‘Bubur Banging’

Read Time:47 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Labuan : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan bersama-sama penduduk kampung Kampung Sungai Labu menyediakan ‘Bubur Banging’ untuk berbuka puasa di Masjid Sungai Labu.

Ketibaan Seri Paduka di Masjid Sungai Labu pada jam 4.05 petang telah disambut ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung dan telah bemesra bersama mereka selain menyampaikan sumbangan peribadi baginda kepada kanak-kanak.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mengacau atau ‘sangai’ dalam dialek Kadayan, nasi dalam kuali panas tanpa minyak masak.

Tunku Azizah turut berkenan untuk berkongsi resipi masakan tradisional Kedayan iaitu Bubur Banging daripada penduduk kampung yang diperbuat daripada beras kampung, daun pandan, santan serta jagung manis dan perisa.

Petang semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan kerajaan di Dorsett Grand Labuan. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya