HomeIsu tempatanCeramah Syamsul Debat cuit hati warga IPD KK

Ceramah Syamsul Debat cuit hati warga IPD KK

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu :  Penceramah bebas terkenal Ustaz Syamsul Debat semalam berjaya mencuit hati lebih 250 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi ceramah bertajuk ‘PDRM Benteng Agama, Nusa dan Bangsa’.

Program ceramah yang diadakan di Surau Fisabilillah itu adalah bersempena Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun.

Selain disertai pegawai, anggota dan pegawai awam, ceramah yang diadakan selama hampir 70 minit itu turut ditonton hampir lebih 1,000 penonton menerusi atas talian di media sosial Facebook surau terbabit.

Hadir sama pada program itu Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Zaidi Abdullah dan Timbalannya, Superintendan Kalsom Idris, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah serta pegawai awam.

Pada majlis itu, Zaidi diiringi Pengerusi Surau, ASP Marzuki Mohamed menyampaikan cenderahati kepada Syamsul dan cendera kenangan kepada Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah, Superintendan Rosdi Mat Jusoh mantan Pengerusi Surau Fisabilillah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya