10 mangsa cedera ringan, kenderaan dinaiki terbabas

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

TAWAU: Sepuluh orang mangsa termasuk lima kanak-kanak mengalami cedera ringan selepas kenderaan Proton Iswara Aeroback yang dinaiki terbabas sendiri di bahu jalan di Jalan Dumpas – Merotai dekat sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 petang tadi (1 Mei) mengenai kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback terbabas sendiri di bahu jalan di lokasi tersebut.

Katanya, terdapat sepuluh orang mangsa terlibat terdiri daripada lima dewasa dan lima kanak-kanak dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba dan mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa seterusnya menghantar mangsa ke hospital menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun maklumat mangsa tidak diperolehi dan operasi ditamatkan pada jam 6.25 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *