HomeIsu tempatanLagu 'Upusku Dikoyu' bawa tuah buat Jayvianne, wakili Tuaran ke peringkat negeri

Lagu ‘Upusku Dikoyu’ bawa tuah buat Jayvianne, wakili Tuaran ke peringkat negeri

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Gadis kelahiran Kiulu, Jayvianne Joisin berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran bagi kategori Terbuka semalam.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan Tamparuli itu turut disaksikan oleh lebih 1,000 orang penonton.

Jayvianne berjaya memikat hati juri profesional menerusi vokal mantapnya dengan membawa lagu Upusku Dikoyu nyanyian Dabra Sia dan Ika Koupusanku oleh Marcellus Paungin seterusnya menewaskan seramai 11 lagi finalis yang berentap bagi kategori Terbuka.

Dengan kemenangan tersebut, penyanyi yang meminati genre Ballad dan Jazz ini akan mewakili daerah Tuaran ke peringkat akhir Sugandoi Peringkat Akhir di Hongkod Koisaan KDCA nanti.

Manakala dua lagi pemenang Naib Johan dan tempat Ketiga masing-masing akan mewakili Tamparuli dan Kiulu.

Ketika ditanya mengenai persediaannya sepanjang pertandingan, katanya, proses pemilihan lagu dan sesi latihan nyanyian mengambil masa lebih kurang seminggu.

Sementara itu bagi kategori Dazanak, johan disandang oleh Iris Isandra Martha Wilfred dengan membawa lagu Hiti No Masoku nyanyian Dabra Sia, manakala naib johan dimenangi Amanda Jackson, sementara Elddin Jedder di tempat ketiga.

Bagi kategori Songkotoun pula, John Kaling berjaya menjadi johan menerusi lagu bertajuk Onuo Noh Koginavaanku, manakala di tempat kedua Francis @ Lontou Tiuh dan tempat ketiga dimenangi Kiniah @ Mary Galanson.

Kesemua peserta masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil.

Tiga juri profesional pada pertandingan kali ini ialah Fanzi Ruji, Eylia Guntabid dan Andrew Poninting @ Apai.

Terdahulu, pertandingan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya