HomeUtamaCuaca Panas : Benarkan pemakaian baju sukan tanpa kira warna

Cuaca Panas : Benarkan pemakaian baju sukan tanpa kira warna

Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pihak pentadbir sekolah khususnya pengetua dan guru besar diminta untuk melaksanakan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan sebaik mungkin tanpa ada ketetapan warna.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, kebenaran khas itu adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada warga sekolah khususnya ketika menghadapi situasi cuaca panas pada masa ini.

“Kebenaran khas yang diberikan untuk murid, guru dan kumpulan pelaksana sekolah untuk memakai pakaian sukan adalah satu tindakan baik yang memberi keselesaan kepada warga sekolah dalam menghadapi cuaca panas dan kering dari keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap.

“Kebenaran khas yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini juga mengambil kira keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, ibu bapa juga diingatkan agar memastikan pakaian sukan yang dipakai murid ke sekolah adalah sopan.

“Saya juga menyambut baik arahan terbaharu KPM yang mahu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid dan guru atau pensyarah memandangkan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

“Antara aktiviti luar kelas adalah seperti aktiviti merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah,” katanya.

Selain itu katanya, pengetua dan guru besar sekolah juga diyakini mempunyai pengalaman dalam menguruskan penyuraian murid semasa balik kerana keadaan semasa murid balik juga agak kritikal terutama waktu tengah hari.

Sebelum ini, media melaporkan KPM bersetuju untuk memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan di semua institusinya ketika cuaca panas melanda negara.

Dalam kenyataan KPM sebelum ini juga memaklumkan kebenaran itu adalah bagi mengelak sebarang komplikasi kesihatan yang mungkin dialami murid dan warga sekolah dalam menghadapi gelombang haba. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya