HomeUtamaDUN Sabah : Laksana terus MA63 tanpa perlu dibahas

DUN Sabah : Laksana terus MA63 tanpa perlu dibahas

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mahu isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dilaksanakan dan tidak perlu lagi dibahas.

Katanya, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajij Noor amat menyambut baik kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberi keutamaan dari segi pembangunan ke Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, semestinya semua pemimpin – pemimpin Sabah perlu memahami hasrat Perdana Menteri dan menyokong sepenuhnya dimana janji beliau untuk menyerahkan projek-projek pembangunan bernilai RM50 juta ke bawah diputuskan dan dilaksanakan terus oleh Kerajaan Sabah.

“Ini merupakan satu perkara baharu dan mempercepatkan proses pembangunan di Sabah.  Oleh tindakan dan koordinasi dari peringkat pegawai di  Pusat dan Negeri juga hendaklah disegerakan.

“Saya mohon penjelasan dari Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya, apakah status pelaksanaan projek – projek ini.  Sudahkah di kenalpasti berapa banyak projek dan kos yang diluluskan? apakah kaedah perlaksanaannya?.

“Saya yakin dengan pelaksanaan cara baru ini akan mempercepatkan lagi aktiviti ekonomi Sabah, mencipta peluang pekerjaan dan permintaan bahan – bahan setempat dan mengubah negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Dasar Kerajaan yang dibentangkan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahirudin pada 22 Mei lalu.

Katanya masalah infra di negeri ini menjadi topik hangat diperkatakan terutama di media sosial yang menyalahkan antara satu  dengan lain.

“Ini terutama yang cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan hari ini terutama Ketua Menteri.  Mengapa ini berlaku, saya rasa ini kerana sikap kita yang cuma  mahu berpolitik.

“Semua pemimpin politik di Sabah pada hari ini sama ada dari Kerajaan atau pembangkang adalah dari  rumpun yang sama dan pernah jadi kerajaan memerintah Sabah.

“Saya merayu, sudah sampai masa pemimpin – pemimpin Sabah bekerja sama untuk memperjuangkan rakyat sabah dan sama-sama cari jalan menyelesaikan masalah negara kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya