DUN Sabah : Penyelesaian jangka pendek perlu diwujudkan untuk selesai isu air, letrik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Penyelesaian jangka pendek perlu diwujudkan bagi mencari jalan bagi meringankan beban rakyat khususnya yang berkaitan dengan isu bekalan air dan elektrik di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang berkata, penyelesaian bagi satu masalah itu bukan hanya tertumpu daripada agensi Kerajaan malah ia juga daripada rakyat sendiri.

“Lebih banyak usaha harus dilakukan untuk melibatkan penduduk bagi mengurangkan penggunaan air dan membantu orang lain yang memerlukan.

“Inisiatif komuniti seperti membina air graviti dan menjaga kawasan tadahan air komuniti juga boleh menjadi cara yang ampuh untuk menyelesaikan isu air dan yang kerajaan sepatutnya sedia menyokong dan menyediakan peruntukan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Dasar Kerajaan yang dibentangkan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahirudin pada 22 Mei lalu.

Jannie berkata, teknologi telaga tiub juga boleh menjadi penyelesaian berbentuk jangkamasa pendek. 

Katanya, setiap telaga ditempat sesuai mampu membekalkan air kepada 300 isirumah dan ia melibatkan anggaran kos sekitar RM200,000 hingga RM300,000 selain boleh siap dalam tempoh tiga hingga lima bulan termasuk kajian feasibiliti.

“Satu model inisiatif diterajui komuniti yang baik untuk menyelesaikan sesuatu isu ialah penggunaan sistem pengurusan tagal dan sungai.

“Dengan hanya dorongan dan beberapa peruntukan kepada komuniti, populasi ikan dan perlindungan sungai di lebih daripada 300 sungai telah dipulihkan,” katanya.

Dalam pada itu, Jannie berkata, , adakah kerajaan merancang memasang lebih banyak micro atau mini hidro dan solar untuk menjana letrik di kawasan yang sesuai.

“Saya percaya pemasangan hidro dan solar tersebut akan mengurangkan beban kepada sistem bekalan SESB dan pembelian generator yang tidak mapan,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *