HomeIsu tempatanGagasan Rakyat Bahagian Api Api kukuh jentera

Gagasan Rakyat Bahagian Api Api kukuh jentera

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Api Api baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat pembentukan jawatankuasa penaja bahagian yang diketuai oleh Datuk Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego selaku Ketua Penaja Bahagian yang turut membuat penyerahan watikah pelantikan kepada ke semua ahli jawatankuasa (AJK) penaja.

Faisyal menyatakan bahawa Gagasan Rakyat Bahagian Api Api akan segera menyusun jentera pentadbirannya serta menubuhkan cawangan-cawangan penaja.

Menurut beliau lagi, keutamaan Gagasan Rakyat Bahagian Api Api adalah untuk mengukuhkan jentera di semua peringkat bahagian dan bekerjasama dengan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di parlimen Kota Kinabalu.

Jelasnya, sebagai sebuah entiti politik di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu, Gagasan Rakyat Bahagian Api Api akan lebih peka dengan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pengangkutan awam, keselamatan, kebersihan dan perumahan mampu milik.

Bagi memastikan Gagasan Rakyat Bahagian Api Api mampu memberi impak positif serta efektif dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat, barisan jawatankuasa yang dipilih terdiri dari individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang, pengalaman dan kemahiran termasuklah golongan professional muda.

Barisan jawatankuasa penaja Gagasan Rakyat Bahagian Api Api terdiri daripada Ketua Bahagian Datuk Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego, Timbalan Ketua Bahagian, Usin Sukor, Naib Ketua Bahagian, Murni Awang, Setiausaha bahagian, Johann Diego, Bendahari, Rena Kashelda Yusof, Ketua Penerangan, Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Wanita, Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda, Syahrul Safwan Najwan Datuk Faisyal dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.

Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian Mohd Ibrahim Yassin@ M.Y Ibrahim, Datuk Mohammed Sahid Nawab Khan, Dato Awang Ahmad@Awang Ariffin, Ir. Dr. Mohd Yunus Hamid. Eric Ye Lee Tsen, Pg. Alliyuddin Pg. Ahmad Tajuddin. Roslan Masran, Arsad Tamam. Mustakim Durahim, Ram Singh, Mohd Iizham Datuk Majin, Chong Choi Lin, Dr. Siti Fatmah Suahid, Luken Westly Estrop, Shafferra Narvana Risaib Shah dan Noor Shaffienas Awang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya