Pertandingan Tarian Kreatif Bah! Tari berjaya tarik minat golongan muda

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kumpulan N.D.T dari daerah Lahad Datu Berjaya mengungguli Pertandingan Tarian Kreatif Bah! Tari yang berlangsung di pusat membeli belah Centre Point Sabah (CPS) di sini baru-baru ini.

Pertandingan anjuran bersama CPS dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu turut disertai beberapa kumpulan lain dari beberapa daerah di negeri ini.

Kemenangan itu membolehkan Kumpulan N.D.T membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, sijil, trofi dan hamper.

Naib johan pula dimenangi kumpulan tarian – Ngalay Yang mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Luyang dan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan tempat ketiga dimenangi kumpulan Moyi Dance Theatre (Ranau) dan menerima hadiah wang tunai RM800 selain turut menerima sijil, trofi dan hamper.

Selain itu, hadiah saguhati turut diberikan kepada kumpulan Pentayu, Persatuan Tarian Sabah Malaysia, kumpulan Kolimbambang, dan kumpulan Original Sabahan Dance.

Persembahan terbaik dimenangi oleh kumpulan Original Sabahan Dance, dan penari lelaki dan wanita terbaik dimenangi Mohd Ainolfitri Mohd Jinih dan Shelby Nicholly S. Kimpun .

CPS dalam satu kenyataan berkata, pertandingan yang pertama kali diadakan Bersama JKKN dilihat telah berjaya mempamerkan kebudayaan masyarakat Sabah yang kaya dengan pelbagai etnik. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *