HomeLuar negaraKerjasama dua hala Malaysia, Perancis dalam pelbagai sektor perlu ditingkatkan

Kerjasama dua hala Malaysia, Perancis dalam pelbagai sektor perlu ditingkatkan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kuala Lumpur : Malaysia dan Perancis bersetuju agar interaksi dan kerjasama dua hala di dalam pelbagai sektor perlu dipertingkatkan.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, ia termasuklah pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi.

“Saya telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan, Puan Yang Terutama Catherine Colonna, Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis di Paris semalam.

“Semasa pertemuan tersebut, kami telah menilai kemajuan kerjasama sedia ada dan meneroka potensi kolaborasi baharu yang lebih komprehensif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zambry berkata, pihaknya juga telah membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Katanya, ia terutamanya komitmen Perancis dalam meningkatkan lagi kerjasama pembangunan dengan ASEAN serta situasi yang membimbangkan di Myanmar.  

“Kami juga menzahirkan sokongan terhadap rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan inklusif demi kemakmuran perdagangan dan perniagaan. 

“Saya juga menyambut baik kenyataan lisan dan bertulis yang dizahirkan Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis berhubung pendirian rasmi Kerajaan Perancis yang menyokong penuh kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

“Ini seterusnya dapat menyangkal percubaan mana-mana pihak yang cuba mencabar dan menafikan kedaulatan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, lawatan kerja ke Paris itu telah berjaya meningkatkan lagi hubungan dua hala yang telah erat terjalin antara Malaysia dan Perancis serta pada masa sama memastikan kepentingan dan kedaulatan negara terus terpelihara. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya