HomeIsu tempatanKesepakatan penduduk peringkat akar umbi perlu terus diperkukuh

Kesepakatan penduduk peringkat akar umbi perlu terus diperkukuh

Read Time:1 Minute, 9 Second

Tamparuli : Kesepakatan dikalangan penduduk kampung perlu terus dikukuhkan bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, perpaduan dalam kalangan penduduk juga kampung perlu dalam usaha merealisasikan apa sahaja matlamat yang ingin dicapai selain menjayakan program-program anjuran mereka. 

“Kekalkan kecemerlangan, kekalkan kesatuan, capai kesepakatan dan perpaduan bagi membolehkan kita untuk menggerakkan apa sahaja aktiviti yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Guakon, sini hari ini.

Hadir sama Ketua Kampung Guakon, KK Maduin Piau, dan Pengerusi Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan Kg Guakon Tamparuli, Jeffrey Gambung. 

Katanya, penduduk yang bersatu mampu membentuk perpaduan, dan sikap toleransi serta kerjasama antara ahli masyarakat boleh menjamin kesejahteraan hidup berpanjangan.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, berkata, generasi muda di kampung Guakon yang berkebolehan dalam pelbagai kemahiran juga boleh dibentuk menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

“Ini terbukti dengan pencapaian-pencapaian mereka di dalam pelbagai lapangan masing-masing, di samping kebolehan menguasai bahasa ibunda sendiri,” katanya.

Justeru, beliau turut menasihati golongan muda agar sentiasa mendekati aktiviti sihat, dan menghindarkan diri daripada gejala dadah.

“Semoga Kampung Guakon ini sentiasa menjadi contoh dari segi pendidikan, bahasa, bangsa dan budaya kepada mana-mana kampung lain yang ada di kawasan Tamparuli,” katanya 

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan Masakan Tradisi, Sugandoi, dan lain-lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya