HomeIsu tempatanUMS,UTM jalin kerjasama selesai isu bekalan air di UMSKAL

UMS,UTM jalin kerjasama selesai isu bekalan air di UMSKAL

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjalin kerjasama bagi menyelesaikan isu bekalan air bersih di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ia adalah antara seruan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu bekalan air bersih berterusan dibekalkan di UMS. 

“Sebagai langkah awal, UMS dan UTM telah melakukan perbincangan berkaitan isu ini dan kerjasama tersebut akan dimulakan di UMSKAL. 

“Sehubungan itu, lawatan tapak dalam masa terdekat di UMSKAL akan diadakan bagi mengenal pasti secara signifikan isu berkaitan bekalan air ini,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata, UTM juga difahamkan bersedia untuk menawarkan khidmat kepakaran teknologi membran dan proses desalinasi bagi mengatasi isu bekalan air yang dihadapi UMSKAL.

Katanya, khidmat kepakaran itu sebelum ini telah digunakan untuk memberi manfaat kepada 53 sekolah pedalaman seluruh negara dan penyahgaraman air laut di Kampung Pantai Senok, Bachok Kelantan sejak tahun 2017. 

“Sistem di kampung tersebut mampu mengeluarkan 500,000 liter sehari air bersih terus daripada air laut.

“Usaha menyuling air laut kepada air tawar tersebut dijangka dapat menampung keperluan air kepada lebih kurang 3,000 orang pelajar di UMSKAL,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya