HomeUtamaPerkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak di UTC KK bermula esok

Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak di UTC KK bermula esok

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak akan dimulakan di Klinik Kesihatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah Kota Kinabalu bermula esok.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna berkata, pembukaan perkhidmatan di Klinik Kesihatan UTC itu berikutan penutupan sementara  Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Pekan, Kota Kinabalu (KKIA Pekan) bermula 1 Jun lalu.

Katanya, penutupan itu adalah akibat kerja-kerja pembaikan klinik yang dijangka siap pada hujung tahun ini. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna

“Berikutan itu semua perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak KKIA Pekan dipindahkan sementara ke Klinik Kesihatan UTC dan sebahagian kecil ke Klinik Kesihatan berdekatan.

“Perkhidmatan yang disediakan merangkumi penjagaan kesihatan untuk ibu hamil, penjagaan ibu selepas bersalin, kesihatan wanita dan perancang keluarga, penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak termasuk pemeriksaan kanak-kanak, imunisasi dan pemeriksaan jaundis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata, pihaknya turut menyeru pelanggan yang terlibat dengan perkhidmatan KKIA Pekan agar mematuhi temujanji di fasiliti yang ditetapkan.

Katanya ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan berharap agar pelanggan terlibat dapat bersabar sehingga kerja-kerja pembaikan klinik selesai.

“JKNS berharap pembukaan perkhidmatan ibu dan kanak-kanak yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular