HomeIsu tempatanGagasan Rakyat Sukau sambut baik pembangunan dibawa Kerajaan Negeri

Gagasan Rakyat Sukau sambut baik pembangunan dibawa Kerajaan Negeri

Read Time:1 Minute, 17 Second

Sandakan : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sukau menyambut baik pembangunan yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri khusus untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau Azman Mastar berkata, pengumuman Ketua Menteri pada Himpunan Gagasan Rakyat di kawasan itu baru-baru ini termasuklah pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM 3 juta.

Katanya, Kerajaan turut berhasrat untuk mempertimbangkan menaik taraf Sukau sebagai sebuah daerah kecil.

“Kita merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan beliau terhadap pelaksanaan pembangunan di kawasan ini.  Pembinaan dewan untuk kemudahan rakyat selain usaha kerajaan untuk menaik taraf Sukau sebagai daerah kecil amat dialu-alukan.

“Keprihatinan Ketua Menteri terhadap aspek pembangunan yang sangat diperlukan di kawasan ini merupakan satu berita baik kepada rakyat di sini.  Kita amat menghargainya dan mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut yakin Ketua Menteri sentiasa peka bagi penyediaan kemudahan lain dan keperluan rakyat sebagaimana yang telah disuarakan oleh Ketua Bahagian, Datuk Juhari Janan.

Menurutnya, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat itu telah mengesyorkan supaya pihak kerajaan membantu menangani masalah air, jalan raya dan elektrik termasuk di pulau-pulau dalam kawasan tersebut.

“Kepimpinan Gagasan Rakyat Sukau yang diterajui Juhari akan sentiasa berusaha supaya kemudahan asas dan keperluan rakyat dapat dilaksanakan kerajaan selaras dengan visi Sabah Maju Jaya.

“Justeru, kami di bahagian akan terus berganding bahu supaya pihak kerajaan dapat merealisasikan kemudahan dan keperluan rakyat khususnya yang sangat mendesak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular