HomeUtamaJabatan, agensi Kerajaan diminta pertimbang pinjamkan tanah untuk kegunaan letak kereta di...

Jabatan, agensi Kerajaan diminta pertimbang pinjamkan tanah untuk kegunaan letak kereta di HWKKS

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Jabatan dan agensi Kerajaan khususnya yang terletak berhampiran Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) diminta untuk memberi pertimbangan bagi meminjamkan tanah yang tidak digunakan kepada hospital berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, ia bagi membantu menangani isu kesesakan khususnya melibatkan tempat letak kenderaan para pelawat dan pesakit yang datang ke HWKKS.

Sebahagian kenderaan terpaksa diletakkan dibahu jalan menuju HWKKS

“Ingin saya nyatakan disini bahawa masalah tempat letak kereta di hospital ini amat mendukacitakan sehingga berlaku kesesakan.  Jadi saya akan bertemu Ketua Menteri agar pihak Kerajaan dapat meminjamkan tanah yang ada berhampiran hospital ini.

“Selain itu saya juga akan meminta pertimbangan kepada Kerajaan khususnya jabatan atau agensi berkenaan agar dapat membantu mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke HWKKS bagi melihat sendiri masalah isu bekalan air yang berlaku di hospital berkenaan di sini baru-baru ini.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata,tanah-tanah yang tidak digunakan itu diyakini akan dapat mengatasi masalah kesesakan dan menjadikan lokasi terlibat sebagai tempat letak kereta sementara.

Sebahagian kenderaan terpaksa diletakkan dibahu jalan menuju HWKKS

“Sebelum ini, ada sebuah syarikat persendirian meminjamkan tapak untuk tujuan letak kereta, namun tapak itu telah diambil semula untuk tujuan pembangunan

“Bagaimanapun, saya difahamkan ada lebih kurang 10 ekar tanah di kawasan berhampiran hospital ini yang tidak digunakan dimana kita akan berbincang dengan Kerajaan melalui jabatan atau agensi berkaitan. Kita akan pinjam tiga atau empat ekar untuk tujuan itu,”katanya.

Dalam pada itu, James turut mencadangkan agar satu jalan alternatif atau jalan baharu menghubungkan laluan utama ke HWKKS yang kini juga terlalu sempit.

“Jadi saya minta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya menimbangkan sati jalan alternatif untuk menuju ke HWKKS ini bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya