HomeUtamaSalur maklumat golongan daif yang memerlukan kepada kerajaan - Faimin

Salur maklumat golongan daif yang memerlukan kepada kerajaan – Faimin

Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Pemimpin masyarakat termasuk orang perseorangan harus lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat berkenaan keluarga yang daif, agar tidak ada kumpulan yang tercicir daripada perhatian mana-mana agensi atau pihak kerajaan, kata Pegawai Khas Kepada Menteri Kewangan Datuk Faimin Kamin.

Faimin yang Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Paginatan bersama Biro Kebajikan Gagasan Rakyat Paginatan mengadakan lawatan kerja “Ziarah Kasih B40” di Kampung Lasing dan Kampung Matupang di sini pada Rabu (26 Julai).

Beliau berkata, tujuan utama lawatan tersebut diadakan ialah sebagai salah satu gerak kerja Parti Gagasan Rakyat Paginatan dalam mendekati masyarakat, selain membantu agensi atau pihak kerajaan mengenalpasti golongan yang layak atau sepatutnya diberi perhatian.

“Saya menyeru kepada pemimpin masyarakat termasuk orang perseorangan harus lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat berkenaan keluarga-keluarga yang daif, agar tidak ada kumpulan yang tercicir daripada perhatian mana-mana agensi atau pihak kerajaan.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berhasrat untuk melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan untuk terus berhubung dengan kami untuk memudahkan program dan mengenalpasti keluarga atau golongan yang memerlukan yang ingin dibantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semasa lawatan itu, Faimin bersama Pengerusi Biro Kebajikan, Rabinin Nawawi dan Pengerusi Biro Agama, Wohanis Jain menziarahi beberapa golongan sasaran keluarga dari kategori daif dengan diiringi oleh Pegawai Kesejahteraan Masyarakat Ranau, Samdin Rijin.

Antara rumah yang dilawati pada hari ini ialah rumah Felix dan Danis di Kampung Lasing serta Majakut Basiung di Kampung Matupang.

Danis merupakan seorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kanser usus dan dalam masa sama menanggung tiga orang anak perempuan yang masih bersekolah.

Sementara, Felix adalah penghidap penyakit tulang belakang, manakala Majakut Basiung adalah warga daif yang hidup sebatang kara di pondok usang milik beliau.

Dalam lawatan tersebut, Faimin mengambil kesempatan menyerahkan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada keluarga berkenaan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Paginatan, Jeafry Goh dan Siti Jaliha Jiman.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya