HomeSukanKolam Renang, Kompleks Sukan Likas dipasang sistem teknologi OMEGA

Kolam Renang, Kompleks Sukan Likas dipasang sistem teknologi OMEGA

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kolam Renang, Kompleks Sukan Likas di sini, kini mempunyai sistem teknologi OMEGA untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sukan renang selain meningkatkan prestasi atlet.

Perkara tersebut disampaikan oleh Jurutera Lembaga Sukan Sabah Awang Mohd Taufik Awang Ali semasa lawatan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin ke Kolam Renang, Kompleks Sukan Likas hari ini.

Menurut beliau sistem teknologi berkenaan telahpun melalui fasa Testing and Comissioning beberapa hari lepas dan pihak Persatuan Sukan Akuatik Sabah berpuas hati dengan sistem tersebut dan menyatakan tiada masalah untuk digunakan. Malah sistem terbaharu ini juga mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh persatuan sukan berkenaan.

Sistem teknologi OMEGA ini telah dipasang melibatkan dengan sistem Touchpad, Starting Block dan Scoreboard yang baru. Dengan sistem teknologi ini juga diyakini akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sukan renang selain meningkatkan prestasi atlet.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Akuatik Sabah Daniel Lee Jun Qii berkata, sebelum ini sistem yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik yang mana sedikit sebanyak menjejaskan prestasi atlet terutamanya dalam kalangan atlet muda.

“Sebaliknya dengan adanya sistem teknologi ini juga, perenang yang berpengalaman pastinya akan merasai teknologi ini sama seperti menyertai kejohanan yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Daniel turut berharap agar dengan adanya sistem ini, banyak lagi atlet renang yang berbakat dapat diketengahkan untuk mewakili Sabah ataupun Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Tambah beliau, sistem ini juga akan memberikan manfaat besar kepada atlet Para Sabah kelak.

Ellron dalam pada itu berkata beliau amat berpuas hati dengan sistem terbaharu itu, dan mengharapkan dengan adanya teknologi tersebut akan membantu meningkatkan prestasi sukan renang Sabah.

“Dengan adanya sistem ini, sudah semestinya akan menjadi pemangkin kepada atlet-atlet renang Sabah untuk lebih bersemangat dan bermotivasi dalam latihan dan sekaligus akan memajukan lagi prestasi sukan renang Sabah ” kata Ellron sambil menyaksikan sendiri percubaan sistem teknologi OMEGA yang baru sahaja dipasang.

Hadir sama dalam rangka kerja tersebut Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Terrence Edward Pudin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (Pengurusan Sukan dan Belia), Charles William Dabbi dan kakitangan KBSS dan persatuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular