HomeIsu tempatanHUMS bagi rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas di Kudat

HUMS bagi rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas di Kudat

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kudat : Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menganjurkan Program KPT Prihatin Madani bersama Sanjungan Budi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas di Pusat Pendidikan Perubatan Desa (PPPD), Kudat, pada Rabu.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program kali ini adalah untuk menghargai inisiatif murni pihak BPMB terhadap sumbangan yang diberikan dalam penyediaan rawatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas.

“Program ini sejajar dengan objektif utama penubuhan HUMS iaitu merintis perkhidmatan atau aktiviti kesihatan khusus untuk komuniti.

“Diharap keprihatinan ini menjadi satu momentum penting untuk memberikan sokongan dan rawatan yang berkualiti kepada penduduk luar bandar terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah.

“Ramai kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan rawatan seperti kelewatan perkembangan global (GDD), sindrom down dan gangguan pembelajaran,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly,

Tambah beliau, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 589 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah didiagnosis dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) pada tahun 2021 berbanding hanya 99 kanak-kanak pada tahun 2010.

“Peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun ini menunjukkan perlunya tindakan segera untuk mengenal pasti faktor penyebab dan sokongan yang lebih baik kepada kanak-kanak dan keluarga yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, suntikan dana sebanyak RM36,000 oleh pihak BPMB telah meningkatkan pemberian rawatan kesihatan kepada kanak-kanak daripada 12 orang kepada 38 orang pesakit.

Beliau turut memaklumkan, sebahagian daripada sumbangan tersebut juga disalurkan bagi kursus Applied Behavior Analysis (ABA) untuk meningkatkan kemahiran perawat menjadi lebih berkualiti dan berkesan kepada lebih ramai keluarga B40 di sekitar Kudat.

Pada program itu juga, HUMS turut memberikan pelbagai perkhidmatan kepakaran dalam bidang kesihatan secara percuma kepada 143 orang terdiri daripada keluarga pesakit dan orang awam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya