HomeIsu tempatanBanjir Sabah : Mangsa banjir di Beaufort meningkat

Banjir Sabah : Mangsa banjir di Beaufort meningkat

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di daerah Beaufort menunjukkan peningkatan apabila seramai 163 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon setakat jam 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort memaklumkan mangsa yang terlibat adalah melibatkan 52 ketua isi rumah (KIR) dari empat buah kampung di daerah itu.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Suasa; Kampung Bangkalalak; Kampung Berumbai dan Kampung Bakalau.

“Sehingga jam 3 petang tadi, seramai 163 mangsa dari empat buah kampung telah dipindahkan ke PPS Dewan Selagon dan jumlah ini meningkat dari 102 mangsa pada jam 12 tengah hari tadi.

“Jumlah mangsa yang dipindahkan ini adalah melibatkan 28 lelaki dewasa; 49 perempuan dewasa; 48 kanak-kanak lelaki dan 38 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu di sini petang tadi.

Trend semasa situasi banjir di Sabah pada masa ini adalah meningkat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular