HomeSukanSepakan penalti uji kekuatan pemain - Ak Yazri

Sepakan penalti uji kekuatan pemain – Ak Yazri

Read Time:59 Second

Membakut : Pasukan Pemuda UMNO Parlimen Beaufort berjaya merangkul naib johan pada Kejohanan Liga Sepak Penalti Piala Datuk Mohamad Alamin di sini semalam.

Kejohanan yang disertai sebanyak 48 buah pasukan itu telah berlangsung di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Pengiran Jaya Pimping Membakut.

Program anjuran Kelab Bola Sepak Pimping dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Kimanis itu turut melibatkan wakil-wakil pemain dari Parlimen Papar, Beaufort dan juga Sipitang. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan terlibat atas pencapaian yang diraih pada kejohanan itu.

“Meskipun kita hanya sekadar meraih naib johan, namun ia satu pencapaian yang baik. Kejohanan ini biarpun kelihatan mudah namun ianya tetap menguji kekuatan mental pemain ketika ingin mengambil sepakan penalti.

“Semoga dengan kejayaan ini,akan membawa lebih banyak peluang untuk para pemain yang berbakat dalam bidang sukan untuk diketengahkan kenperingkat lebih tinggi,terutamanya dikalangan belia yang menyertai Pemuda Umno Beaufort,” katanya.

Katanya, penalti adalah lebih kepada aspek teknikal dalam melakukan tendangan dan berbeza dari sukan bola sepak secara amnya.

Namun, sebagai permulaan, ia merupakan langkah terbaik untuk menarik minat warga belia yang ingin melibatkan diri secara serius dalam sukan bola sepak.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular