HomePolitikEmpat kawasan DUN di Parlimen Tuaran diyakini mampu dipertahankan

Empat kawasan DUN di Parlimen Tuaran diyakini mampu dipertahankan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Tuaran : Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Tuaran diyakini mampu dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu dinyatakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor menerusi kemampuan parti itu dan rakan komponen di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain kerusi yang disandang Hajiji, tiga lagi kerusi Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu diyakini kekal milik GRS atas kerjasama semua komponennya.

“Di Tuaran saya beri jaminan Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu tetap milik GRS pada PRN akan datang. Kita sedia menghadapi apa juga cabaran dan bertarung dengan mana-mana parti yang menentang kita di Tuaran.

“Apa yang penting ialah kerjasama parti antara kita, jangan ada sabotaj antara kita. Kalau GRS sudah tentukan calon maka tugas kita Gagasan Rakyat untuk menangkan calon kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut menasihatkan perwakilan pada mesyuarat berkenaan dan rakan parti di keempat-empat DUN supaya sama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada GRS.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, para pemimpin parti komponen GRS dan Pakatan Harapan Sabah serta Gagasan Rakyat Sabah.

Terdahulu pada sidang medianya, Hajiji berkata, sambutan rakyat terhadap Gagasan Rakyat pada masa ini amat menggalakkan.

“Saya mendapati, sambutan rakyat (terhadap Gagasan Rakyat) amat menggalakkan, baru-baru ini saya merasmikan mesyuarat seumpama ini di bahagian Kuamut.

“Sambutan begitu meriah sekali, jadi ini merupakan satu petanda yang baik kepada parti untuk menjadi parti yang boleh diterima oleh pelbagai kaum di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya