HomeUtamaHala Tuju SMJ: Peranan, pengupayaan anak muda Sabah diperkasa melalui pelbagai inisiatif

Hala Tuju SMJ: Peranan, pengupayaan anak muda Sabah diperkasa melalui pelbagai inisiatif

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), pembangunan modal insan diletakkan sebagai teras penting, peranan serta pengupayaan anak muda Sabah terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif, kata Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri, Azrul Ibrahim.

Azrul berkata, dalam konteks mahasiswa, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa program seperti Felo SMJ, hi-tellent termasuk Dewan Belia Sabah. Program ini berperanan mengangkat bakat kepimpinan dalam kalangan anak muda Sabah.

“Selain itu, kerajaan negeri turut menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) sebagai badan yang akan menaungi persatuan-persatuan mahasiswa (Sabah) seluruh negara. SEMESTA menjadi one stop centre untuk partisipasi mahasiswa,” katanya semasa menyampaikan ucapan perkongsian mengenai peranan dan pencapaian Hala Tuju SMJ (konteks mahasiswa dan anak muda) dalam program Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu (30 Sept).

Menurut Azrul lagi, beberapa platform turut disediakan kerajaan bagi menghimpunkan pimpinan dan penggerak pelajar. Antaranya penganjuran Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang telah memasuki edisi kedua pelaksanaanya pada tahun ini.

Katanya, melalui MPPS, idea dan aspirasi anak muda digarap dan dijadikan sebagai program, inisiatif, dasar dan polisi kerajaan. Antaranya cadangan pelaksanaan Rumah Transit Belia SMJ yang telah diluluskan kerajaan negeri. Program ini pasti akan memanfaatkan golongan anak muda yang memerlukan.

“Sebagai teras penting dalam Hala Tuju SMJ, modal insan negeri ini akan terus diperkasakan. Pelaburan besar dalam bidang pendidikan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan yang dibiayai kerajaan negeri dan Yayasan Sabah, termasuk penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pasti akan melonjak kebitaraan anak muda negeri ini,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, Azrul turut mengalu-alukan para mahasiswa perlu mengambil peluang sebaiknya atas pelbagai inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Pengiktirafan kepada anak muda bagi memperkasa kebersamaan antara rakyat dan kerajaan dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya