HomeSukanHampir 2,000 peserta sertai kejohanan sukan IJPAM 2023 Sabah

Hampir 2,000 peserta sertai kejohanan sukan IJPAM 2023 Sabah

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Seramai hampir 2,000 peserta melibatkan 18 buah kontinjen yang menggabungkan semua agensi agama di seluruh negara menyertai kejohanan sukan sempena  Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) Sabah 2023 di sini.

Kejohanan yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif itu telah bermula semalam dengan sembilan acara sukan turut dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Ping Pong, Dart, Memanah dan Bowling.

Arifin yang juga Exco Agama Sabah berkata, pihaknya berharap program seumpama itu dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin diantara majlis, jabatan dan agensi hal ehwal agama Islam di Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengalu-alukan ketibaan semua kontinjen datang ke Sabah untuk berkampung beberapa hari di sini dan saya harap ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia ada diantara semua agensi agama di Malaysia.

“Kita juga berharap agar para peserta yang menyertai akan memanfaatkan kehadiran mereka ke Sabah untuk menghayati suasana di negeri ini, adat resam, budaya di Sabah serta produk-produk di negeri ini.  Bagi saya produk terbaik dalam pertemuan ini ialah ukhuwah Islamiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan IJPAM 2023 di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Arifin berkata, IJPAM Sabah 2023 turut menganjurkan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam yang diharap akan dapat membuahkan input yang baik selain bermanfaat kepada semua agensi agama di negara ini.

“Kita berharap agar agensi agama akan bertambah mantap dan dapat terus dimartabatkan.  Dalam konvensyen itu nanti akan dibincangkan oleh beberapa pembicara yang disusun oleh JAKIM yang sudah pasti ke arah memartabatkan dan memperkasa agensi hal ehwal agama Islam yang kini sedang menuju ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, Hakimah  berkata, IJPAM Sabah 2023 merupakan kesinambungan IJPAM 2022 yang telah diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi pada November tahun lalu.

“Pada tahun ini IJPAM Sabah 2023 telah memilih tema Kukuh Perpaduan Semarak Madani dan tema ini menunjukkan bahawa seluruh agensi agama bersepakat bahawa perpaduan merupakan tonggak penting dalam memastikan urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang,” katanya. – SABAH MEDIA/ FOTO JAPEN-PEJABAT MENTERI KSTI

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya