HomePolitikPastikan Gagasan Rakyat jadi sebuah parti utama, pilihan ramai

Pastikan Gagasan Rakyat jadi sebuah parti utama, pilihan ramai

Read Time:1 Minute, 38 Second

Ranau : Ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) digesa untuk terus berusaha bagi memastikan parti tempatan itu menjadi sebagai sebuah parti utama dan pilihan ramai di negeri ini.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan Datuk Amisah Yassin berkata, kekuatan Gagasan Rakyat secara tidak langsung akan membantu rakan-rakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Kataya, GRS adalah parti induk yang dianggotai oleh sahabat-sahabat komponen iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP); Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS); Parti Liberal Demokratik (LDP) dan USNO.

“Sungguhpun kita adalah ahli Gagasan Ralyat, namun perjuangan dan fokus utama kita ialah untuk memperkuatkan GRS dan bukan kepentingan peribadi kita sebagai ahli Gagasan Rakyat semata-mata.

“Kita kena sedar bahawa kita dapat berkuasa semula di negeri ini disebabkan semangat setiakawan parti-parti komponen dalam GRS. Walau bagaimanapun, kita harus memperkukuh Gagasan Rakyat agar kita sentiasa dihormati oleh kawan dan lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat Parlimen Ranau di sini kelmarin.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.

Amisah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, kepimpinan Gagasan Rakyat yang diterajui oleh orang muda pada masa akan datang adalah bagaimana acuan yang dicorakkan oleh orang-orang muda pada masa ini.

Katanya, Gagasan Rakyat hanya akan kukuh dan hidup sekiranya parti ini berkembang dengan ahli-ahli baru.

“Tidak banyak lagi yang boleh diharapkan melibatkan pertambahan ahli-ahli baharu dalam lingkungan umur saya. Bermaksud, mereka yang akan menjadi ahli baharu kepada parti ini adalah mereka yang terdiri daripada anak-anak muda.

“Untuk sesebuah parti itu kekal relevan sepanjang masa, ianya harus diisi dan dianggotai oleh orang-orang muda pada setiap era. Ibarat kita tidak pernah ketandusan pucuk muda yang baru. 

“Ahli parti terutama pemimpin peringkat akar umbi sepatutnya menjadi mata dan telinga untuk menyampaikan apa jua maklumat yang boleh membantu masyarakat di kampung dan di sekeliling kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya