HomeIsu tempatanIstiadat perbarisan sambutan Ulang Tahun Rasmi TYT Sabah Sabtu ini

Istiadat perbarisan sambutan Ulang Tahun Rasmi TYT Sabah Sabtu ini

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin Sabtu ini.

Majlis yang akan berlangsung di Padang Merdeka di sini itu akan mempersembahkan beberapa persembahan istimewa untuk tetamu dan pengunjung yang hadir.

Antara yang menarik ialah persembahan istimewa kawad formasi oleh Pasukan Kawad Sekolah Henry Gurney Keningau dengan keanggotaan seramai 31 orang pelajar.

Selain itu, persembahan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) turut diadakan dan disusuli dengan nyanyian Kumpulan Koir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan 17 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-6 Artileri Diraja.

Turut diadakan, penyertaan 88 kontinjen perbarisan terdiri daripada Kontinjen Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi, Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi, Kategori Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kategori Persatuan Etnik Sabah, Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kategori Swasta dan Komersil. 

Hadir dalam raptai hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular