HomeSukanDua pasukan TABS berjaya raih naib juara Piala Borneo 2023

Dua pasukan TABS berjaya raih naib juara Piala Borneo 2023

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Dua pasukan Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya, B16 dan B13 berjaya menduduki naib juara Kejohanan Piala Borneo Malaysia 2023 yang berakhir Sabtu lalu.

Pasukan TABS B16 sekadar berpuas hati sebagai naib juara apabila tewas 0-2 kepada KDH Global FC dari Kuala Lumpur di perlawanan akhir kategori umur bawah 16 yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perlawanan itu begitu bermakna kepada TABS kerana mengimbau nostalgia tujuh tahun lali apabila TABS B16 mara ke final sekali lagi, bezanya ketika itu TABS B16 dinobat sebagai juara katgeori umur tersebut.

Pada waktu itu TABS B16 mengalahkan pasukan DPM (Sekolah Sukan Sabah) 2-0 di perlawanan akhir di Stadium Penampang.

TABS B16 melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah menundukkan DPM 5-4 melalui sepakan penalti di separuh akhir.

Manakala pasukan TABS B13 juga menduduki naib juara bagi kategori umur tersebut selepas kalah 0-3 kepada pasukan Makati Football Club (MFC) dari Filipina.

Penolong jurulatih pasukan, Tijani Mokti berkata, kekalahan pasukan disebabkan terpaksa bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman yang mana pasukan lawan itu merupakan juara dalam kejohanan kebangsaan di negara mereka.

Namun ia bermakna Sabah masih ada bakat yang boleh diketengahkan pada masa hadapan, katanya.

Satu lagi pasukan, TABS B15 menduduki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan KKFC 3-2 dalam perlawanan penentuan.

Pasukan itu menyaksikan perjuangan yang tidak mengenal putus asa namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kandas dalam persaingan ke perlawanan akhir dengan pasukan St. George City dari Australia 1-0.

Pasukan TABS B12 pula sekadar menduduki tempat keempat manakala pasukan B11 menduduki tempat keenam.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, berkata secara keseluruhan prestasi pasukan dalam Kejohanan Piala Borneo kali ini boleh dianggap baik kerana mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan dari luar terutama dari Australia, Filipina dan Kuala Lumpur.

Katanya, bagi pihak pengurusan TABS SAFA Bandaraya, beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jurulatih yang terlibat mengendalikan pasukan masing-masing sepanjang kejohanan tersebut.

“Komitmen dan usaha mereka membolehkan pasukan kendalian mereka mampu memberi tentangan terhadap pasukan lawan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pemain serta pegawai pengurusan pasukan yang menggalas tugas mereka dengan baik.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Sepanyol dinobat juara Euro kali keempat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular