HomePendapatBajet 2024 : Peruntukan Pembangunan Sabah meningkat, tindakan tepat Kerajaan pulihkan semangat...

Bajet 2024 : Peruntukan Pembangunan Sabah meningkat, tindakan tepat Kerajaan pulihkan semangat MA63

Read Time:4 Minute, 50 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Di bawah Belanjawan 2024 yang di bentangkan baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 6.6 billion untuk Sabah. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM 100 juta (1.5%) daripada jumlah yang di peruntukkan untuk Sabah di bawah Belanjawan 2023 (RM 6.5 billion).

2. Malah, jumlah peruntukkan untuk Sabah di bawah Belanjawan Kerajaan Malaysia telah menunjukkan trend yang meningkat: RM 5.16 billion (Belanjawan 2022), RM 6.3 billion (Belanjawan 2023 – oleh kerajaan terdahulu), RM 6.5 billion (Belanjawan 2023 – oleh Kerajaan MADANI), RM 6.6 billion (Belanjawan 2024). Ini menunjukkan peningkatan sejumlah RM 1.44 billion (28%) dalam tempoh 3 tahun (2022 – 2024). Jumlah peningkatan ini adalah memberangsangkan.

3. Di samping itu, peningkatan peruntukkan belanjawan tersebut adalah selari dengan peningkatan Geran Khas Tahunan untuk Sabah, seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam tempoh 4 tahun (2020 – 2023), Geran Khas Tahunan untuk Sabah telah meningkat sebanyak 874%: RM 26.7 juta (sebelum 2020), RM 53.4 juta (2020), RM 125.6 juta (2022), RM 260 juta (2023).

Pada masa yang sama, jumlah berkenaan di jangka akan terus meningkat apabila mekanisma formula pemberian Geran Khas Tahunan di muktamadkan menjelang Julai 2024.

4. Secara am-nya, Kerajaan Sabah telah menyambut baik pengumuman peruntukkan RM 6.6 billion tersebut, serta menerimanya sebagai komitmen Kerajaan Malaysia untuk memenuhi pelaksanaan Perjanjian Malaysia/ Malaysia Agreement 1963 (MA63).

5. Belanjawan 2024 ini menyaksikan perancangan pelbagai projek dan inisiatif di Sabah, yang melibatkan agenda pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pengangkutan serta keselamatan, untuk kesejahteraan rakyat Sabah. Antara-nya:

 RM 930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah di Malaysia, termasuklah 155 buah sekolah di Sabah

 RM 2.5 billion untuk membina 26 buah sekolah baharu di Malaysia, termasuklah SMK Laya-Laya, Tuaran, Sabah

 RM 190 juta untuk membina 5 buah klinik kesihatan baharu di Malaysia, termasuklah  di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah

 RM 225 juta di peruntukkan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, LPG, tepung, beras dan minyak masak ke kawasan desa serta pedalaman di bawah Program Community Drumming, termasuklah di zon Abai, Sandakan, Sabah

 RM 1.1 billion di peruntukkan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air negara, termasuklah di Kota Kinabalu, Sabah, untuk memulih dan menggantikan infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air

 Proses tender bagi 19 pakej kerja untuk projek Pan Borneo Sabah Fasa 1b (366 kilometer) akan diselesaikan bulan November 2023, melibatkan kos RM 15.7 billion 

 Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 (lebih 320 kilometer), , akan mula dilaksanakan penghujung tahun 2023, melibatkan kos hampir RM 7.4 billion

 RM 209 juta bagi subsidi pengangkutan udara untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak

 Membina pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah

 RM 10 juta bagi memperluas program Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen Malaysia untuk penyediaan pusat penempatan sementara buat kanak-kanak di tiga lokasi, termasuklah 1 pusat penempatan di Sabah

6. Tambahan lagi, Menteri Dalam Negeri Malaysia menyatakan bahawa Belanjawan 2024 juga memperuntukkan pelaksanaan beberapa inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sabah, termasuklah:

 RM 50 juta untuk penyelenggaraan kuarters anggota agensi KDN di Sabah

 RM 17 juta untuk menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Papar, Sabah

 RM 9.7 juta menaik taraf Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah

 RM 7.3 juta untuk penggantian lif Kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah 

7. Sudah pasti projek dan inisiatif yang di rancang berkenaan akan dapat merancakkan pembangunan Sabah, serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Sabah. Namun begitu, ramai yang merasakan jumlah peruntukkan yang di sediakan untuk Sabah masih tidak memadai untuk menangani isu-isu utama yang menghantui Sabah.

8. Ini termasuklah – jumlah kemiskinan yang tertinggi di Malaysia, jumlah pengganguran yang tertinggi di Malaysia, jumlah pendapatan yang rendah, pencapaian SPM terendah di Malaysia. Di samping itu, isu-isu infrastruktur awam yang daif dan tidak mencukupi juga memerlukan penyelesaian segera, dengan jumlah dana yang besar. 

9. Contoh 1. Mengikut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2022, daripada 1,071 buah sekolah rendah dan 221 buah sekolah menengah di Sabah, sejumlah 704 buah sekolah (54.5%) di kategorikan sebagai daif dan memerlukan pembaikan serta penyelenggaraan segera. 

10. Walaubagaimanapun, di bawah Belanjawan 2024 tersebut, peruntukkan hanya di sediakan untuk menaik-taraf 155 buah sekolah di Sabah. Ini hanyalah 22% daripada jumlah sekolah daif yang di kenal-pasti oleh JPNS. 

Justeru itu, berapa lamakah untuk membaik-pulih semua sekolah daif di Sabah? Para pelajar berhak mendapat pendidikan yang berkualiti segera.

11. Contoh 2. Masih ramai rakyat Sabah yang belum menikmati bekalan dan kualiti air yang baik dan mencukupi. Tambahan lagi, infrastruktur bekalan air yang usang telah menyebabkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Sabah sangat tinggi pada 56.7%, berbanding dengan purata NRW negara pada 37.2% (2022).

12. Timbalan Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa dana sebanyak RM 18.3 billion di perlukan untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap di Sabah.

13. Maka, jumlah yang di peruntukkan di bawah Belanjawan 2024 untuk penyelesaian isu air adalah kecil berbanding dengan anggaran dana yang di perlukan. Oleh yang demikian, ramai rakyat Sabah akan terus menghadapi isu bekalan dan kualiti air untuk tempoh yang lama, iaitu satu isu turun menurun dari generasi ke generasi.

14. Untuk sekian lama, Sabah ‘terpinggir’ dari arus pembangunan negara, yang telah meninggalkan legasi yang meruncing dan menjejaskan kesejahteraan rakyat Sabah. Penyelesaian isu-isu legasi berkenaan memerlukan keazaman yang tinggi serta dana yang besar. 

15. Jumlah peruntukkan belanjawan yang terus meningkat untuk Sabah adalah tindakan tepat oleh Kerajaan Malaysia untuk memulihkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini sedikit sebanyak dapat meletakkan hak rakyat Sabah di landasan yang sewajarnya.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Masalah generasi muda perlu pendekatan menyeluruh, merentasi seluruh agensi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya