HomeUtamaDOSM main peranan selaras sistem statistik negara

DOSM main peranan selaras sistem statistik negara

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem statistik negara khususnya dalam membantu, menyelaras dan mengawal penghasilan statitik kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato Mohammad Yusof Apdal berkata, ia juga bersesuaian dengan keperluan bagi membudayakan pembuatan keputusan berdasarkan fakta dan bukti.

“Bidang statistik telah mengalami pelbagai evolusi. Bermula dengan takrifan, statistik adalah bidang sains dalam pengumpulan data dan ilmu kebarangkalian.

“Namun, dengan ledakan bidang ICT, Internet of Things (IOT) dan kepesatan revolusi industri IR 4.0, statisitik pada masa kini ialah satu sains data yang mengkaji dan menganalisis kepelbagaian data dan maklumat daripada pelbagai sumber yang dikenali sebagai Big Data atau Data Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Statistik DOSM-UMS 2023 ‘Merentasi Statistik : Mengoptimumkan Potemsi, Memacu Kemakmuran Sabah’ di sini hari ini.

Yusof berkata, penyelidikan dan penganalisisan maklumat pada masa kini amat signifikan kepada organisasi dan kerajaan, terutama bagi memastikan pembuatan keputusan yang berasaskan maklumat.

Katanya, selain itu ia juga bagi penambahbaikan kualiti yang berterusan selain pembentukan polisi awam dan tata Kelola yang cekap serta pemuliharaan alam sekitar yang menyeluruh termasuk pengurusan kesiapsiagaan bencana yang kejat.

“Dalam merangka dasar-dasar utama Kerajaan, terutama bagi sektor yang berkaitan pendidikan tinggi negara, Kementerian Pendidikan Tinggi juga turut bergantung kepada statistik rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM.

“Ini bagi memastikan dasar-dasar yang disediakan adalah berasaskan kepada maklumat yang tepat dan terkini sesuai dengan agenda utama Kerajaan. Selain itu, statistik rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM juga amat berguna kepada para penyelidik di universiti awam atau swasta seluruh negara dalam menghasilkan kajian- kajian yang bermutu tinggi,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, satu sesi menandatangani Surat Niat (LoI) dilaksanakan antara Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS dan Persatuan Majikan-Majikan Sabah.

LoI itu adalah sebuah perjanjian kerjasama pintar dengan bidang tumpuan, antaranya ialah penempatan latihan industry pelajar, peluang pekerjaan dan kesukarelawan atau kemasyarakatan. – SABAH MEDIA/ FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular