HomeGaya hidup'The Charm of Sabah Land Below The Wind' martabat seni budaya Sabah

‘The Charm of Sabah Land Below The Wind’ martabat seni budaya Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Pementasan Tari bertemakan ‘The Charm of Sabah Land Below The Wind’ mampu memartabatkan seni budaya warisan Sabah.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) Sabah, Jasmi Rasit berkata, program berkenaan diadakan bertujuan untuk mempamerkan keunikan kebudayaan tempatan khususnya bidang tarian dan persembahan pentas.

“Pementasan ini diadakan bersempena bagi Program Citra Malaysia 2023 yang merupakan program tahunan anjuran JKKN.

“Terdapat dua siri program, yang pertama telah pun dilaksanakan bulan September lalu, manakala siri kedua dilaksanakan malam ini dengan kerjasama Persatuan Seamax Sabah melalui pementasan tari.

“Pementasan Tari bertemakan ‘The Charm of Sabah Land Below The Wind’ yang diolah daripada tarian etnik pelbagai suku kaum di negeri ini dapat memperlihatkan keunikan dan kekayaan kebudayaan.

“Melalui program ini, martabat kesenian diangkat menerusi persembahan dan kebudayaan untuk dipamerkan kepada generasi muda, pelancong tempatan dan pelancong luar negara selain membantu industri pelancongan,” katanya selepas Pementasan ‘The Charm of Sabah Land Below The Wind’ sempena Program Citra Malaysia 2023 di sini.

Jasmi turut menjelaskan konsep persembahan pada malam tersebut adalah mempamerkan adat dan kebudayaan di setiap bahagian dan daerah yang terdapat di Sabah.

Pementasan yang diadakan di Auditorium JKKN Sabah itu dirasmikan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS), Datuk Juliah Salag.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya