HomeIsu tempatan28 NGO wanita terima geran aktiviti berjumlah RM140,000

28 NGO wanita terima geran aktiviti berjumlah RM140,000

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM140,000 diserahkan kepada 28 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini menerusi geran aktiviti  bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan.

Menteri  Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, geran aktiviti masing-masing berjumlah RM5,000 kepada NGO terlibat itu adalah menerusi permohonan yang dibukan pada awal tahun ini.

“Untuk tahun 2024, permohonan akan dibuka pada Januari depan, oleh itu semua NGO Wanita yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dipelawa untuk memohon mengikut kriteria yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Geran Aktiviti kepada NGO Wanita Yang Berdaftar di Bawah JHEWA dan Perasmian Info Room Usahawan Wanita, di sini.

Pada majlis tersebut, James turut memperkenalkan Info Room Usahawan Wanita sebagai medium penyaluran maklumat berkesan daripada agensi-agensi yang lain.

“Inisiatif tersebut selaras dengan pengumuman saya pada 12 Jun 2023 yang lalu agar JHEWA mewujudkan medium menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan kemudahan kepada usahawan khususnya kepada wanita di Sabah sempena pelancaran sistem D-Ledger.

“Info Room Usahawan Wanita akan diadakan secara berterusan pada masa akan datang agar menjadi inspirasi mereka untuk mendapatkan ilmu keusahawanan dan memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ini.

“Pada tahun hadapan, Info Room Usahawan wanita akan diadakan pada Mac, Jun dan September serta diharapkan agensi yang berkaitan dapat bersama-sama berkumpul untuk menyampaikan perkhidmatan berkenaan keusahawanan,” katanya.

Selaku penggerak Program Modal Insan di bawah KPMKR, melalui JHEWA – Info Room Usahawan Wanita diharap mampu merealisasikan harapan kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Penerima geran aktiviti antaranya ialah Persatuan Ibu Tunggal Tenghilan, Persatuan Tadika Sabah, Persatuan Ziarah Qaseh Wanita Sabah, Pertubuhan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Lahad Datu dan Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Ranau Sabah, Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah dan Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular