HomeUtamaKabinet setuju Bahasa Inggeris digunakan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak

Kabinet setuju Bahasa Inggeris digunakan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak

Read Time:1 Minute, 36 Second

Penampang : Kabinet Persekutuan bersetuju penggunaan Bahasa Inggeris digunakan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan itu selaras dengan Perlembagaan kedua-dua negeri yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam prosiding di Mahkamah dan Dewan Undangan negeri (DUN) Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu katanya, penganjuran Program BEST (Be English Speakers Today) amat sesuai dengan dasar dan keputusan kerajaan tersebut.

“Pelancaran BEST ini dapat membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita selain daripada bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Progam BEST anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Yayasan Pendidikan INDEP (IEF) bertempat di SK Moyog, di sini, semalam.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berharap para pelajar menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa ibunda yang menggambarkan suku bangsa seseorang, bahasa kebangsaan dan sekurang-kurangnya satu bahasa utama antarabangsa.

“Bahasa kebangsaan wajib untuk dikuasai oleh semua warganegara Malaysia selain bahasa antarabangsa sama ada Bahasa Inggeris, Mandarin, Arab atau bahasa-bahasa utama lain di dunia.

“Saya menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri di Paris beberapa bulan lalu dan banyak yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu dalam bahasa masing-masing tetapi sudah tentu apabila kita berupaya menggunakan bahasa antarabangsa, ia akan menjadi kelebihan apabila berada dalam perkumpulan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YBR dan Yayasan Pendidikan INDEP atas inisiatif menganjurkan program yang memberi manfaat kepada para pelajar sekolah.

“Program ini akan memberi manfaat kepada 390 pelajar yang akan mengikuti pembelajaran mengikut modul yang disediakan untuk tujuan memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di enam daerah terpilih iaitu sepuluh sekolah rendah dan dua melalui pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dan menambah program itu akan dilaksanakan sehingga tahun depan.

Ewon juga berharap Program BEST dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain dan meminta YBR meningkatkan lagi sumbangan terhadap program ini pada masa akan datang agar lebih ramai pelajar di Sabah khususnya luar bandar menguasai Bahasa Inggeris.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular