Sambutan hari keluarga wadah penyatuan warga DBKK

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

Kota Kinabalu: Sambutan Hari Keluarga dilihat mampu menjadi wadah penyatuan serta mengeratkan silaturahim warga kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). 

Selain memupuk semangat kekitaan, program tersebut turut menjadi medium di mana kakitangan daripada pelbagai sektor dapat berinteraksi dan bekerjasama. 

Sambutan yang diadakan di pekarangan Padang Merdeka itu dihadiri anggota DBKK daripada sektor Pengurusan Kewangan, Perancangan dan Pembangunan, Khidmat Pengurusan, Sektor Operasi dan Agensi. 

Sementara itu, beberapa aktiviti menarik telah dilangsungkan, antaranya ialah Tarik Tali, Boling Kelapa, Lari Dalam Guni dan Hiasan Khemah Paling Cantik. 

Turut hadir menambah seri majlis, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip dan Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie.

Dalam pada itu, Noorliza, dalam ucapannya berkata, program seumpama ini perlu lebih kerap diadakan di masa akan datang. 

Jelasnya, semangat dan hubungan yang baik di antara kakitangan mampu menjadi pemangkin kepada perkhidmatan yang cemerlang.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa dengan menyertai senamrobik bersama warga DBKK, sebelum melawat ke setiap khemah yang telah dihias mengikut sektor.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *