HomeUtamaSyarikat perkapalan berpangkalan di Israel disekat berlabuh di Malaysia

Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel disekat berlabuh di Malaysia

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia,  namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Anwar berkata, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu katanya, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. 

“Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular