HomePendapatPandangan Pakar Kesihatan Berkaitan Vaksin Qdenga

Pandangan Pakar Kesihatan Berkaitan Vaksin Qdenga

Read Time:2 Minute, 56 Second

oleh Muda Muhammad

Pada 11 Februari 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pendaftaran bersyarat kepada produk vaksin denggi iaitu Qdenga. Vaksin ini akan digunakan untuk  individu berumur empat tahun dan ke atas.

Empat minggu lepas, Datuk Dr Lam Sai Kit, doktor Virologi daripada Universiti Malaya mengesyorkan agar KKM mempertimbangkan vaksin Qdenga untuk digunakan di Malaysia bagi mengekang penularan kes demam denggi.

Dalam syor tersebut, Datuk Dr Lam menyatakan KKM perlu mempertimbangkan untuk memberikan kelulusan pengunaan kepada vaksin Qdenga seberapa segera yang mungkin kepada individu yang mahu divaksinasi bagi mengekang kes demam denggi.

Menurutnya, biarpun ada beberapa program kawalan vektor dilaksanakan di negara ini termasuklah pembangunan “Wolbachia-carrying Aedes” di beberapa hotspots di Lembah Klang, kes demam denggi masih lagi tidak menurun dengan mendadak.

Datuk Dr Lam Sai Kit, doktor Virologi daripada Universiti Malaya

Vaksin Qdenga ini telah diluluskan di beberapa negara termasuklah United Kingdom, Indonesia, Thailand dan Brazil. Malah di Eropah, vaksin Qdenga ini telah mendapat kelulusan pada Oktober tahun lepas. Daripada segi keselamatan, vaksin ini bertoleransi dengan baik dan belum ada lagi risiko keselamatan dikenalpasti.

Dr Musa Mohd Nordin, Pakar Peditriatik menyatakan dalam satu artikelnya, tidak ada adverse events following immunisation (AEFI) yang dilaporkan selepas penggunaan vaksin Qdenga ini. Juga, tiada bukti peningkatan kes demam denggi dan tiada peningkatan risiko kemasukan ke hospital di kalangan penerima vaksin Qdenga ini.

Pada 9 Oktober 2023, World Health Organization’s (WHO) Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) telah memberikan 4 cadangan berkaitan dengan vaksin Qdenga iaitu

  1. Vaksin ini boleh dipertimbangkan sebagai pengenalan untuk membendung transmisi wabak dengi yang tinggi di kalangan masyarakat, memaksiumkan langkah kesihatan awam dan meminimakan risiko kepada mereka yang mempunyai tidak mempunyai antibodi yang sama (seronegative person).
  • Vaksin ini kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun. Dalam lingkungan umur ini, vaksin perlu diperkenalkan kira-kira 1-2 tahun sebelum kejadian (demam denggi) yang kesnya dimasukkan di hospital.
  • Vaksin hendaklah diberikan dalam jadual 2 dos dengan selang 3 bulan antara dos.
  • Pengenalan vaksin harus disertakan dengan strategi komunikasi yang direka dengan baik dan penglibatan komuniti.

Prof Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam UPM pula menyatakan kelulusan vaksin ini memberi harapan baru untuk membasmi penularan demam denggi. Menurutnya keberkesanan vaksin ini dalam tempoh percubaan adalah amat berkesan.

Dr Malina menyatakan dari sudut kesihatan awam, pemberian vaksin ini amatlah baik untuk generasi yang berisiko dan kanak-kanak yang berimuniti rendah. Dr Malina mencadangkan agar vaksin Qdenga ini dipertimbangkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syarikat farmaseutikal Jepun, Takeda yang mengeluarkan vaksin Qdenga

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, vaksin Qdenga dikilangkan oleh Takeda GmbH di Jerman dan Takeda Malaysia Sdn Bhd adalah pemegang pendaftaran produk (PRH) bagi produk itu.

Takeda Pharmaceutical berkata, vaksinnya yang dipasarkan sebagai Qdenga, telah diberi kelulusan kawal selia oleh Suruhanjaya Eropah pada Disember 2022 untuk orang berumur empat tahun ke atas, tanpa mengira sejarah pendedahan virus mereka.

Satu lagi vaksin denggi, Dengvaxia yang pertama di dunia terhadap penyakit demam denggi sudah tersedia di EU tetapi hanya untuk mereka yang telah dijangkiti sebelum ini. Dengan pengenalan vaksin Qdenga ini, ianya boleh menjadi salah satu ikthiar baharu untuk pencegahan demam denggi dan menghalang risiko kematian akibat demam denggi.

Untuk rekod, pada tahun 2020, sejumlah 145 kes kematian demam denggi di Malaysia. Manakala pada tahun 2021 sejumlah 20 kes kematian, bagi tahun 2022 adalah 56 kes kematian di seluruh negara. Semoga dengan pengenalan vaksin Qdenga ini ianya dapat menurunkan kes kumulatif demam denggi dan dapat mengurangkan risiko kematian kepada mereka yang dijangkiti.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya