HomeIsu tempatanHari pertama Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 meriah

Hari pertama Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 meriah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Tuaran : Lebih 2,000 pengunjung hadir membanjiri Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah bagi memeriahkan Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 yang bermula semalam.

Festival yang diadakan selama empat hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun atur bagi pengunjung yang hadir.

Pengerusi pelaksana festival,  Datuk Abdul Kassim Razali berkata, sambutan yang diterima pada hari pertama festival berkenaan diadakan amat menggalakkan.

“Setakat ini, kira-kira 2,000 pengunjung hadir membanjiri Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah ini sejak festival bermula pagi tadi (semalam).

“Pada malam ini (semalam) juga, kita melihat sambutan yang begitu menggalakkan dan ramai pengunjung hadir memberikan sokongan dalam pertandingan akhir Bintang Soromas.

“Saya berharap agar semua akan berjalan dengan baik sehingga pada kemuncak festival iaitu pada 28 Februari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bintang Soromas di sini, semalam.

Kassim yang juga Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah berkata, penganjuran festival ini dapat memberi galakan kepada generasi muda untuk terus memartabatkan bahasa ibunda Bajausama.

“Penggunaan bahasa ibunda Bajausama perlu ditekankan dan ibu bapa perlu mempraktikkan anak-anak untuk bertutur dalam bahasa ibunda di rumah.

“Semoga pada masa akan datang bahasa ibunda Bajausama akan diajar kepada murid-murid di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau juga berharap agar generasi muda dapat membantu mempromosi bahasa ibunda Bajausama menggunakan teknologi dan platform media sosial seperti Facebook dan TikTok.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular