HomeIsu tempatanMUIS ringankan beban asnaf menerusi program 'back to school'

MUIS ringankan beban asnaf menerusi program ‘back to school’

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Seramai 150 golongan asnaf sekitar kawasan Sepanggar dan Kota Kinabalu di sini dibantu menerusi program ‘Back To School’ anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Program tahunan yang dilaksanakan MUIS melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) itu turut melibatkan di semua tujuh zon seluruh Sabah.

Penolong Setiausaha (Kebajikan Asnaf) Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Suzika Suhul berkata, program seumpama itu adalah bagi membantu meringankan beban golongan asnaf khususnya untuk menyiapkan keperluan sekolah.

“Program ini telah kita laksanakan sejak lima tahun kebelakang, cuma semasa COVID-19 ianya dihentikan sekejap. Jadi tahun ini kita adakan kembali di seluruh Sabah dan dilaksanakan mengikut zon.

“Setiap zon kita peruntukan RM300 untuk satu asnaf dan seramai 250 asnaf akan mendapat manfaat dari program ini disetiap zon,” katanya ketika di temui di salah sebuah pasaraya di sini hari ini.

Suzika berkata, penerima bantuan menerusi program itu adalah melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Katanya, sebelum ini pihaknya telah melaksanakan program sama di Tawau; Kudat; Sandakan; Papar dan terakhir akan diadakan di Lahad Datu pada 10 Mac ini.

“Kita berharap agar para penerima dapat manfaat dari prorgram ini dan jika ada golongan asnaf yang memerlukan bantuan boleh datang berhubung dengan kami di PZS atau cawangan berhampiran,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular