HomeIsu tempatanBekalan air bersih di Membakut mencukupi

Bekalan air bersih di Membakut mencukupi

Read Time:1 Minute, 15 Second

Membakut : Bekalan air bersih di daerah ini mencukupi berikutan keupayaan Loji Takungan Air  (LTA) mampu membekal sehingga 17 juta liter sehari (MLD).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bekalan itu termasuklah diagihkan masing-masing tiga MLD kepada Kuala Penyu dan Bongawan serta beberapa tempat lain.

“Alhamdulilah keadaan kita terkawal di Membakut dan seperti mana yang ditegaskan oleh Ketua Menteri, bantu air ini walaupun sebelum diistiharkan darurat dan ini kita laksanakan beberapa minggu lalu sudah, mudah-mudahan kita diberi kemudahan.

“Kita di Membakut ada 17 MLD dan bekalan ini kita berikan di Bongawan tiga juta sehari termasuk dengan Kuala Penyu tiga juta dan beberapa tempat lain.

“Bekalan kita untuk stok air simpanan ada 10.5 juta liter dimana satu tangki simpanan ada 4.5 juta liter dan satu lagi ada enam juta bermakna keseluruhan ada 10.5 juta liter simpanan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke LTA MEmbakut dan menyampaikan sumbangan air bersih kepada penduduk di kawasan Ulu Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah turut menasihati penduduk agar sentiasa menjaga kesihatan dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara pada masa kini.

“Saya juga minta pemimpin masyarakat untuk membuat laporan mana-mana kawasan atau rumah yang memerlukan air selain saya minta Pegawai Daerah untuk adakan mesyuarat bagi membantu masyarakat.

“Terima kasih kepada Pejabat Daerah yang sentiasa membuat usaha yang proaktif bagi membantu bersama pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di Membakut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular