HomeEkonomiBank Rakyat umum dividen 15 peratus bagi tahun kewangan 2023

Bank Rakyat umum dividen 15 peratus bagi tahun kewangan 2023

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Bank Rakyat hari ini mengumumkan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.

Pengumuman dividen itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pagi tadi dan pembayaran dividen kepada anggota itu akan dilakukan mulai hari ini.

“Prestasi kewangan memberangsangkan ini telah membolehkan Bank Rakyat  mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka.

“Bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, Bank Rakyat juga mengumumkan dividen istimewa sebanyak 2% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta dan akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman dividen dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Ewon berkata, pembayaran dividen istimewa ini akan dilakukan pada bulan September 2024 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.

Sementara itu, beliau berkata Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan 1 peratus bersamaan RM17.74 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta,” katanya.

Beliau  turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya