HomeIsu tempatanDBKK keluarkan lapan kompaun dalam ops bersepadu

DBKK keluarkan lapan kompaun dalam ops bersepadu

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan sebanyak lapan kompaun dalam satu operasi bersepadu pemeriksaan perangkap lemak di premis makanan di sini baru-baru ini.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, dari jumlah itu, tujuh kompaun yang dikeluarkan adalah di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966.

Manakala satu lagi kompaun dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK.

“Objektif operasi bersepadu ini adalah untuk memeriksa keadaan perangkap lemak di premis makanan di kawasan Lintas Plaza sama ada ianya dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan diselenggara dengan baik.

“Jumlah premis makanan yang telah diperiksa adalah sebanyak 30 premis dan jumlah perangkap lemak yang telah diperiksa adalah sebanyak 46 unit,” menurut  kenyataan itu di sini hari ini.

DBKK turut menasihatkan kepada semua pemilik premis makanan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memastikan perangkap lemak di setiap premis makanan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan berfungsi dengan baik. 

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan secara berkala akan dilaksanakan oleh DBKK dari semasa ke semasa.

Terdahulu, seramai 20 orang anggota DBKK terlibat dalam operasi bersepadu ini yang terdiri daripada anggota-anggota JKPB dan Jabatan Kejuruteraan. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular