HomeIsu tempatanPMBS Cawangan Weston laksana Program Pautan Kasih Ramadan

PMBS Cawangan Weston laksana Program Pautan Kasih Ramadan

Read Time:56 Second

Beaufort: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Weston di sini berjaya menganjurkan Program Pautan Kasih Ramadan Kariah Weston 1445 Hijrah di sini baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Masjid Nurul Iman Weston itu adalah bertujuan mengukuhkan jalinan silaturrahim dan ukhuwah Islamiah penduduk tempatan bersama pemimpin.

Pengerusi PMBS Weston Liman Yusof berkata, program itu juga untuk mengimarahkan masjid dibulan Ramadan Almubarak ini dengan pengisian ilmu dan amal ibadah seperti Penyampaian Tazkirah serta Menunaikan Solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih.

“Program yang diadakan setiap tahun ini juga untuk menghargai dan meningkatkan Pautan Kasih Sayang terhadap ahli masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya pada majlis itu.

Liman berkata, pada majlis itu juga disampaikan sumbangan sedekah dan amal jariah kepada golongan asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan warga emas.

Katanya, sambutan program ini  amat baik dengan kehadiran hampir 300 orang penduduk Kariah Weston dan penduduk-penduduk kampung berdekatan.

Penyampaian Sedekah Amal Jariah disempurnakan oleh Konsul Negara Brunei Darussalam di Sabah, Mohammad Asrul Abdul Samad yang turut menyumbangkan sedekah pada majlis ini. 

Seramai 156 orang peserta menerima sedekah amal jariah ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pelaksanaan NMM mampu tingkat kesedaran awam terhadap penjagaan kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular