HomeIsu tempatan80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

Read Time:1 Minute, 34 Second

Keningau : Seramai 80 peserta terdiri daripada pelajar di beberapa buah sekolah di negeri ini menyertai Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah (TTS); Pelindung Fauna Terestrial peringkat negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama dua hari bertempat di Taman Banjaran Crocker itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Peter Lintar.

Peter ketika berucap berkata, program itu menjadi tonggak penting dalam memperkukuhkan komitmen TTS terhadap kelestarian alam semula jadi negeri ini.

“Saya difahamkan, program pada kali ini adalah bertema fauna terrestrial dan pelbagai aktiviti yang mengujakan telah dirancangkan seperti Fauna Bingo Race, Light Trap dan Birding. Semua aktiviti ini telah disediakan agar peserta dapat memahami kepentingan spesies fauna dan fungsi terhadapat keseimbangan alam.

“Kita amat bertuah kerana lokasi Program Renjer Muda ini, iaitu di Taman Banjaran Crocker merupakan kawasan yang amat penting di Negeri Sabah.

“Bukan sahaja kerana kekayaan biologi dan nilai budaya, tetapi sebagai sumber air bersih yang utama di Negeri Sabah khususnya kawasa barat Sabah.

“Selain itu, Taman ini yang juga merupakan Rizab Biosfera Banjaran Crocker telah diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014,” katanya.

Peter berkata, ini menjadikan Taman Banjaran Crocker merupakan khazanah alam yang amat penting dan perlu kita jaga bersama.

Beliau percaya, program ini akan menjadi landasan yang amat penting untuk membentuk individu-individu yang sedar akan peranan dalam melestarikan keindahan alam dan kehidupan haiwan serta tumbuhan yang menghuni Taman Banjaran Crocker ini.

“Saya berasa amat gembira melihat semangat pelajar-pelajar yang hadir pada hari ni. Kehadiran para pelajar bukan sahaja menunjukkan kesungguhan generasi muda dalam melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi, tetapi juga memberikan harapan yang besar bagi kita semua.

“Ini kerana para pelajar adalah harapan masa depan kita, dan keaktifan para pelajar dalam program seperti ini adalah satu langkah positif menuju kepada kesedaran dan kepekaan alam semula jadi yang lebih mendalam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya