HomeSukanKim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee akan kekal mengendalikan pasukan itu sehingga akhir musim ini berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, isu pengganti atau siapa bakal mengambil alih tugasnya seperti yang ditimbulkan sebelum ini adalah tidak benar.

“Tidak timbul soal kalau bukan Datuk Ong Kim Swee siapa lagi yang kedua sebab kontraknya hingga hujung musim ini.

“Jadi sama ada Datuk Ong Kim Swee atau tidak, itu difikirkan setelah tamat kontrak beliau atau dia sendiri membuat keputusan untuk menerima tawaran baharu.

“Tapi, setakat ini perkara itu belum muncul, jadi secara ringkas beliau akan bersama kita sepanjang musim ini dan begitu juga dengan pemain lain,” katanya pada sesi bersama media, di sini, semalam.

Mohd Joh berkata demikian bagi mengulas khabar angin dan laporan tular baru-baru ini yang antara lain menyebut kemungkinan Kim Swee bakal meninggalkan Sabah FC secara mengejut.

Khabar angin itu dikaitkan dengan kekosongan jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang mana Majlis Sukan Negara (MSN) dikatakan berminat mendapatkan khidmat Kim Swee.

Bagaimanapun, Kim Swee dilaporkan menyifatkan perkara itu sebagai spekulasi berikutan wujud kekosongan jawatan tertentu, lebih-lebih lagi tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat.

Kim Swee sebelum ini turut menyatakan tumpuannya kini untuk kekal bersama Sabah, terutama dalam menghadapi saingan musim baharu Liga Super. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah mahu kekalkan kejuaraan Liga Wanita Nasional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular