HomeSukanBlack Boy FC juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Pemuda Gagasan Rakyat...

Black Boy FC juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Pemuda Gagasan Rakyat Darau

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak Black Boy FT berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak sembilan sebelah yang berlangsung di Padang Saga Kampung Likas di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu dianjurkan Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau Datuk Razali Razi.

Juara kejohanan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, piala pusingan dan piala iringan beserta medal.

Naib juara kejohanan dimenangi pasukan mewakili Karambunai A yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta medal.

Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Quantum Kicker dan Bos Bundle yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta medal.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Darau yang juga Pengerusi Penganjur, Abqaree Fawwaz Abekan ketika ditemui berkata, kejohanan itu telah berjaya mencapai objektif penganjuran apabila mengumpul sebanyak 32 buah pasukan menyertai dari kawasan DUN Darau.

“Ini satu pencapaian yang saya rasa cukup menggalakkan penyertaan khususnya daripada komuniti bola sepak di kawasan ini.

“Keduanya apa yang lebih membanggakan apabila rata-rata pemain boleh dikatakan majoritinya adalah orang baharu yang muda dan sangat cergas dalam arena bola sepak,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya bercadang untuk terus menganjurkan kejohanan seumpama itu pada masa akan datang.

“Seperti yang telah dibincangkan diperingkat pemuda, kita akan mengadakan banyak lagi inisiatif untuk menyantuni anak-anak muda di kawasan Darau ini.

“Dalam masa terdekat, kita akan adakan idola Darau, begitu juga dengan program-program pendidikan dan semestinya program sukan akan kita adakan tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular