HomeUtamaKSTI komited lahirkan generasi kreatif, celik IT

KSTI komited lahirkan generasi kreatif, celik IT

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) terus komited dalam melahirkan generasi kreatif dan celik Teknologi Maklumat (IT).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, medium digital kini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat bagi memperoleh maklumat terkini termasuk dalam menghasilkan video bermanfaat untuk masyarakat.

Katanya, ini terbukti menerusi penganjuran ‘Sabah Screen Fest’ yang menerima banyak penyertaaan melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah dan terbuka.

“Ini adalah salah satu daripada acara yang difokus oleh KSTI untuk memperkasa inovasi dan kreativiti dan Sabah mempunyai bakat yang luar biasa.

“Di samping itu, Sabah juga mempunyai lokasi yang luar biasa, termasuk alam sekitarnya yang boleh dijadikan sebagai bahan, termasuk budaya dan sastera.  Ini semua boleh digembleng bersama dalam kita menghasilkan pengisian yang terbaik untuk memperkasa sains dan teknologi melalui digital ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Malam Anugerah ‘Sabah Screen Fest’ 2024 di sini semalam.

Arifin berkata, penyertaan yang terus meningkat dalam acara itu juga membuktikan bidang berkenaan mendapat perhatian khususnya dalam kalangan anak-anak muda.

“Ini yang perlu kita gembleng tenaga dan bakat mereka untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, program itu juga dapat memberi pendedahan dalam bidang kemahiran multimedia dan digital dalam penghasilan filem lebih dramatic.

Sebagai contoh katanya, penggunaan aplikasi komputer grafik seperti ‘Green Screen’ dan ‘Computer Generated Imagery (CGI) turut membantu memberikan kualiti grafik yang sangat tinggi dengan efek yang lebih terkawal.

“Untuk makluman semua, bermula tahun lalu, Kementerian telah mewujudkan Anugerah Khas baharu bagi hasilan yang lebih menekankan penggunaan Teknologi dan Inovasi iaitu Anugerah Sinematografi Terbaik dan Anugerah Grafik dan Visual Terbaik yang sememangnya selari dengan halatuju Kementerian.

“Saya turut dimaklumkan penyertaan pada tahun ini sangat memberangsangkan dimana penyertaan mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 247 penyertaan sejak tahun 2014.

“Ini menunjukkan medium digital kini semakin releven dan pengiat industri kreatif mempunyai permintaan yang tinggi untuk dikembangkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perkhidmatan feri ekspres Labuan-KK ditangguh pengoperasian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular