HomeUtamaBiar SPRM buat kerja - Masidi

Biar SPRM buat kerja – Masidi

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibiarkan agar agensi penguatkuasa itu dapat melakukan siasatan tanpa diganggu mana-mana pihak terutama siasatan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang komen berhubung proses siasatan agensi penguatkuasa itu boleh dilihat sebagai satu campur tangan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya fikir eloklah kita jangan kacau SPRM dalam proses siasatan. Kita tidak mahu komen kita seolah-olah kita campur tangan dalam siasatan dan kerja mereka.

“Jadi, saya tidak ada komen, biarkan mereka (SPRM) buat kerja mereka,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina AFFIN Bank Berhad, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, semalam yang mengesahkan seramai 18 ADUN Sabah diambil keterangan berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan projek mineral di negeri itu.

Masidi yang juga ADUN Karanaan adalah antara yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah itu berdasarkan rakaman video perbualannya yang disebarkan melalui sebuah portal berita, baru-baru ini.

Berikutan penyebaran video itu, Masidi datang sendiri untuk memberi keterangan kepada SPRM dan menjelaskan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung dakwaan skandal terbabit. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular