HomeUtamaTun Musa dijangka hadir Festival Musim Bunga esok

Tun Musa dijangka hadir Festival Musim Bunga esok

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu:   Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dijangka akan menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina atau disebut juga Festival Musim Bunga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini esok.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang berkata, majlis tahunan yang dihoskan pihaknya itu menjangkakan kehadiran hampir 400 tetamu jemputan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu di sini.

Mengulas mengenai hubungan bilateral Malaysia khususnya Sabah dengan China, Huang berkata, usaha memperkasakan kerjasama dengan semua sektor untuk mempromosikan lebih banyak peluang pelaburan dan pelancongan di Sabah sedang giat dijalankan. 

Katanya, setakat tahun lalu, seramai 450,000 pelancong China mengunjungi Sabah dan kini semakin banyak syarikat dari negara itu menarik peluang untuk melabur di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pejalan kaki maut dalam kemalangan langgar lari di Lido

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular