HomeIsu tempatanPelajar Non Residen UMS santuni anak yatim di Pitas

Pelajar Non Residen UMS santuni anak yatim di Pitas

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Semangat kesukarelawan dalam kalangan siswa perlu terus dipupuk sebagai asas kepada pembentukan warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, dan saling bantu membantu tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit.

Justeru, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Non Residen (JAKMAS NR) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2023/2024 telah mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Rumah Anak Yatim, Baitul Amin, Pitas baru-baru ini sebagai usaha berterusan dalam menyemai dan memperkukuh semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar universiti.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF).

Pengarah PNRF, Stella @ Nurul Martini Gontol berkata, program murni tersebut adalah menyokong kepada amanat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu pemerkasaan pelajar melalui program-program pembangunan sahsiah seumpama itu.

“Ini juga menyahut seruan salah satu program utama di bawah KPT iaitu Semarak Siswa Madani atau juga dikenali sebagai S4S (Student for Society).

“Program ini juga bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam berinteraksi dengan masyarakat.

“Di samping itu, program ini juga dapat menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan melalui pelbagai medium dalam kehidupan dan memberi pengalaman berkualiti kepada pelajar,” katanya.

Bertemakan ‘Kami Peduli, Kami Sayangi’, program yang melibatkan kumpulan pelajar non residen itu diketuai Pengarah Program, Nabila Noridayu Jaryed.

Kehadiran 17 pelajar NR di Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah disambut mesra oleh pengurusan dan 25 penghuni rumah anak yatim serta dibantu oleh para warden yang sentiasa bersama sepanjang program tersebut  berlangsung.

Arnidah Abd Sari, Setiausaha Rumah Anak Yatim tersebut turut merakamkan penghargaan kepada UMS khususnya PNRF atas usaha melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di rumah tersebut.

Menurut beliau, kehadiran kumpulan pelajar dari UMS amat bermakna kerana dapat memberikan sedikit motivasi dan galakan untuk anak-anak di rumah tersebut untuk terus belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading dan pada masa sama turut mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS), Prof. Madya Dr. Raman Noordin turut menyokong program sahsiah seumpama itu dilaksanakan secara giat dan berterusan.

Hadir sama dalam program tersebut Setiausaha JAKMAS NR, Malyana Aniqah Jinam bersama-sama kakitangan PNRF antaranya Mokrin Hj Basrin, Edwin Lumbating, Arieon Maison, dan En. Rahman @ Abdul Rahman Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular