Oleh J. EVACHEL JOHN
KOTA KINABALU: Dua warganegara Indonesia dan enam warganegara Filipina dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas kesalahan atas kesalahan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.
Vinsensius Veri, 47, dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini selama lebih setahun.
Pemegang pasport Indonesia itu ditahan di Kampung Sinulihan, Inanam, pada 24 Januari selepas Pas Lawatan Sosialnya didapati hanya sah sehingga 10 November 2023.
Seorang lagi pemegang passport Indonesia Simon Petrus, 40, dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di negeri ini selama lebih satu bulan. Simon turut ditahan pada masa dan tempat yang sama setelah Pas Khas yang dikeluarkan kepadanya didapati hanya sah sehingga 23 Disember 2024.
Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah 15 (1)(1) Akta Immigration dan boleh dihukum dibawah seksyen 15(4) Akta yang sama. Seksyen ini memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala kesemua warga Filipina dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Rickhy Abdullah Dominikus, Joni, Agustinus Prabu, Santo, Herman Darius, dan Batti Ambo, ditahan antara 13 Januari dan 24 Januari di Taman Sindo, Penampang dan Kg. Sinulihan, Inanam.
Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Immigresen dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.
Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa Gresssia Yolanda Ismail Uvaraj mengendalikan pendakwaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.