HomeUtama14 sekolah di Beaufort terjejas banjir

14 sekolah di Beaufort terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Beberapa buah sekolah di daerah Beaufort antara yang banyak terjejas dengan banjir berikutan kenaikan paras air di daerah itu sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, sebanyak 14 buah sekolah di daerah itu dilaporkan terjejas banjir sehingga semalam.

“Laporan mengenai banjir di sekolah kita buat kemaskininya setiap hari dan sehingga semalam 10 Februari kita dapati banjir ini banyak berlaku di daerah Beaufort.

“Berdasarkan laporan, terdapat 14 buah sekolah di Beaufort terlibat sehingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Raisin berkata demikian bagi mengulas situasi banjir di Sabah yang melibatkan sekolah-sekolah dibawah JPN Sabah.

Katanya, beberapa buah sekolah yang sebelum ini terlibat banjir telah pulih selepas air yang naik mulai surut.

“Pada ketika ini proses pembersihan sedang dijalankan supaya sekolah berkenaan bersedia beroperasi pada  17 Februari yang akan datang sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2025/2026,” katanya.

Dalam pada itu, Raisin turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah menurunkan peruntukkan bagi membantu sekolah terjejas banjir.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 1,041 mangsa melibatkan 327 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular