HomeUtamaIIT Madras teroka penubuhan kampus Asia pertamanya di luar India, di Sabah

IIT Madras teroka penubuhan kampus Asia pertamanya di luar India, di Sabah

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik rancangan institusi pengajian tinggi terkemuka India, Indian Institute of Technology Madras (IITM) untuk meluaskan sayapnya ke Sabah.

“Sabah, melalui Yayasan Kolej Universiti Sabah (UCSF), juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menjalin kerjasama akademik dengan IITM,” kata Hajiji, yang juga Canselor UCSF.

Beliau menyatakan perkara ini semasa bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Global IITM Dr Thirumalai Madhavnarayan dan Dekan Global IITM Prof Raghunathan Remgaswamy.

Mereka disertai oleh Pengerusi Petra Group dan Yayasan Sekhar Datuk Seri Dr Vinod Sekhar di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Semasa pertemuan tersebut, Hajiji telah diberi taklimat oleh delegasi bahawa IITM sedang meneroka kemungkinan untuk menubuhkan kampus Asia pertamanya di luar India iaitu di Sabah.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik IITM untuk membangunkan ekosistem inovasi global, dengan Malaysia dikenalpasti sebagai langkah awalnya ke Asia setelah kejayaan kampus antarabangsa pertamanya di Zanzibar, Afrika, yang dilancarkan dua tahun lalu.

Hadir sama adalah Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Lembaga Pengarah Uni YS Sdn Bhd dan Pengerusi UCSF Datuk Dr Mohd Yaakub Johari serta Naib Canselor UCSF Datuk Dr Rafiq Idris.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji dan isteri santuni jemaah haji Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular